Bila Ramadan tiba.

🌹 *Bila Ramadhan tiba sambutlah dgn sujud syukur…*

Tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita utk terus beribadah dibulan yg mulia ini…

Bila bertemu dgn ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah “Ramadhan Kareem” dan org yg mendengar menjawab “Allahu Akram”… Maksudnya “Ramadhan Mulia”dan jawapannya ” Allah lebih Mulia”…

Sambutlah Ramadhan ini dgn wajah yg berseri2 tanda kegembiraan yg tidak terhingga dan berazam utk mendekatkan diri kpd Allah dgn selalu berbicara dgn Allah walau dlm hati.. Contohnya…Ya Allah aku berpuasa ya Allah…terimalah puasaku ini…aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah…

Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dgn bersih dan cantik kerana terlalu byk rahmat yg Allah hendak berikan di bulan yg mulia ini..

Moga Ramadhan ini lebih baik dr Ramadhan yg telah lalu… Hiasilah diri dgn amalan dan taqwa…

Ramadhan Kareem utk saudaraku sekelian. Maaf Zahir Batin

🌹Dapatkan Planner Ramadhan 3 in 1 (Koleksi Doa Ramadhan | Mutiara Ramadhan | Planner Ramadhan)
👇👇👇
https://ezy.la/Plannerramadhan
https://ezy.la/Plannerramadhan

Bagi yang berminat untuk jadi PENGEDAR Planner Ramadhan | Buku Doa Mihrab | Diari Hati Yang Bersyukur
👇👇👇 (Klik di sini)
http://www.wasap.my/60196066697/borongPlanner

Cermin.

_Assalamualaikum wbt_

_💎 Mutiara Pagi 💎_

Kerana cermin tidak boleh digunakan untuk melihat wajah orang lain, selain wajah sendiri, maka nilailah diri sendiri dulu, sebelum kita mahu menilai orang lain.

*_”Ya الله, ampunilah dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami sahabat² kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami, kuatkanlah iman kami dan berilah keredhaanMu kepada kami.”_*

_Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin._

Doa panjang umor.

Ya Allah.
Berkatilah kami dengan kemulian AlQuran. Dan dengan kami membaca ayat ayat AlQuran. Berilah kami ganjaran pahala yang banyak dan sampaikan pahala itu kepada semua orang Islam amnya. Dan khasnya kepada ayah dan ibu kami. Dan kepada sahabat kami, jiran kami dari guru kami yang beragama Islam. Dan kepada saudara mara dan keluarga kami yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Lelaki dan perempuan.
Ya Allah.
Ampunkan semua dosa kami. Berilah kami rezeki yang banyak, yang halal dan tayyibah. Sembuhkan semua penyakit kami jika ada antara kami yang sedang sakit. Panjangkan umor kami dan sehatkan tubuh badan kami. Hilangkan sakit kepala dan sakit perut kami. Hilangkan semua penyakit yang ada didalam dan diluar badan kami. Gembirakan hati kami dan lembutkan hati kami dan mudahkan kami untuk memaafkan semua orang. Mudahkan kami untuk menolong orang yang susah dan mudahkan kami untuk melawan dan mengalahkan orang kafir yang kendak melemahkan Islam, orang Islam dan negara Islam.
Ya Allah.
Jauhkan kami dari api neraka dan masukkan kami kedalam syurga Firdaus tanpa hisab diakhirat nanti.
Ya Allah.
Kuatkan iman kami. Kuatkan ingatan kami.
Kuatkan semangat dan tenaga kami.
Terangkan mata dan hati kami. Terangkan pandangan dan penglihatan kami. Tajamkan pendengaran kami. Tajamkan akal dan fikiran kami. Tajamkan semua panca indra kami.
Ya Allah.
Elokkan akhlak kami.
Cantikkan wajah dan tubuh badan kami.
Lindungi kami dari ganguan syaitan yang direjam. Dan dari kejahatan yang dibuat oleh orang jahat yang suka membuat jahat.
Ya Allah.
Masokkan kami dalam kumpulan orang orang Islam yang paling berjaya didunia dan diakhirat.
Aamiin. Aamiin. Aamiin. Ya Rabbal Aalamin.