Tolong jangan mati – Tolong jangan mati kalau tak boleh mengaji.

https://tolongjanganmati.wordpress.com/

Advertisement

Doa panjang umor.

Ya Allah.
Berkatilah kami dengan kemulian AlQuran. Dan dengan kami membaca ayat ayat AlQuran. Berilah kami ganjaran pahala yang banyak dan sampaikan pahala itu kepada semua orang Islam amnya. Dan khasnya kepada ayah dan ibu kami. Dan kepada sahabat kami, jiran kami dari guru kami yang beragama Islam. Dan kepada saudara mara dan keluarga kami yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Lelaki dan perempuan.
Ya Allah.
Ampunkan semua dosa kami. Berilah kami rezeki yang banyak, yang halal dan tayyibah. Sembuhkan semua penyakit kami jika ada antara kami yang sedang sakit. Panjangkan umor kami dan sehatkan tubuh badan kami. Hilangkan sakit kepala dan sakit perut kami. Hilangkan semua penyakit yang ada didalam dan diluar badan kami. Gembirakan hati kami dan lembutkan hati kami dan mudahkan kami untuk memaafkan semua orang. Mudahkan kami untuk menolong orang yang susah dan mudahkan kami untuk melawan dan mengalahkan orang kafir yang kendak melemahkan Islam, orang Islam dan negara Islam.
Ya Allah.
Jauhkan kami dari api neraka dan masukkan kami kedalam syurga Firdaus tanpa hisab diakhirat nanti.
Ya Allah.
Kuatkan iman kami. Kuatkan ingatan kami.
Kuatkan semangat dan tenaga kami.
Terangkan mata dan hati kami. Terangkan pandangan dan penglihatan kami. Tajamkan pendengaran kami. Tajamkan akal dan fikiran kami. Tajamkan semua panca indra kami.
Ya Allah.
Elokkan akhlak kami.
Cantikkan wajah dan tubuh badan kami.
Lindungi kami dari ganguan syaitan yang direjam. Dan dari kejahatan yang dibuat oleh orang jahat yang suka membuat jahat.
Ya Allah.
Masokkan kami dalam kumpulan orang orang Islam yang paling berjaya didunia dan diakhirat.
Aamiin. Aamiin. Aamiin. Ya Rabbal Aalamin.